Home

Saturday, April 7, 2012

Nota Hati Seorang Insan

Hari berganti hari,
Perjalanan seorang insan yang bernama manusia,
Tidak pernah terhenti menjalankan tugasnya,
Selagi nyawa dikandung badan,
Selagi roh tidak terpisah dengan jasad,
Segala suruhan dan syariat yang telah ditetapkan,
Ke atas setiap anak adam,
Perlu diikuti dan dipatuhi selagi mana,
Masih boleh berfikir dan berakal waras.

Tetapi,
Melihat keadaan dunia dan masyarakat hari ini,
Segala suruhan dan syariat yag telah ditetapkan,
Dibuang jauh-jauh dari kehidupan,
Apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt,
Dianggap kolot dan ketinggalan zaman,
Peraturan yang Maha Agung ditolak,
Sekularisme ciptaan manusia yang hanya bersandarkan nafsu semata-mata,
Dijadikan panduan dewasa ini.

Pernahkah kita terfikir,
Pernahkah kita termenung bermuhasabah,
Kenapa banyak kes zina yang berleluasa,
Saban hari semakin meningkat,
Pergaulan bebas yang dulunya dianggap janggal,
Kini sudah dianggap biasa,
Betullah kata pepatah melayu ' alah bisa tegal biasa'.,
Melahiran adik2 kecil daripada rahim seorang wanita,
Menangis dan merintih kasih sayang seorang ibu,
Tapi adik2 kecil ini dibuang merata-rata tempat,
Perasaan belas n kasih bagaikan sudah hilang dalam diri,
Memang sungguh tidak berhati perut manusia seperti ini,
Mereka-mereka ini lebih teruk dari binatang,
Sedangkan binatang tau kasih dan sayang pada anak,
Akhirnya adik kecil yang tidak bersalah menjadi mangsa..
Apa sudah jadi dengan manusia sekarang ni??

Masih ingtkan kita,
Perjanjian kita dengan Allah sewaktu dialam roh dahulu,
Kita berjanji setia dengan Allah swt,
Untuk menurut segala perintahnya,
Tetapi apabila Allah lahirkan kita ke dunia,
Kita jugaklah yang lawan Allah dengan segala perbuatan,alasan dan sebagainya,
Sudah lupakah kita semua,
Mungkin disebabkan sudah lama membuatkan kita terlupa,
Allah telah ingtkan kita kembali dalam firmanNya (al a'raf -172),
Betapa kasih dan sayangnya Allah pada hambaNya,
Memberi peringatan kepada hambaNya,
Kerana memang sifat manusia itu,
Memang selalu lupa..

Jadi,
Marilah semua wahai kalian,
Sama2 kita amalkan apa yang telah ditetapkan oleh agama,
Mengamalkan kehidupan beragama,
Tidak ada masalah kita nk bergembira dan seronok,
Apa yang telah ditetapkan oleh syariat jangan kita langgar,
Kata ulamak jangan kita pinggirkan,
Ibadah kita jangan kita ketinggalan,
Hubungan kita dengan Allah sentiasa terjaga,
InsyaAllah,
Hidup akan jadi tenang dan ceria,
Sifat kehambaan kepada Pencipta akan tertanam,
Dalam hati kita semua,
Setiap perkara yang telah Allah tentukan pada hambaNya,
Ada hikmahnya dan kebaikannya,
Sesungguhnya dialah sebaik2 pemerintah,
raja segala raja,
Tiada yang lebih kuasa daripadaNya,
Sesungguhnya DIAlah sebaik2 perancang..

Wahai kalian semua,
Marilah sama2 kita berganding bahu,
Dalam mengajak manusia kearah kebaikan dan menjauhi kemungkaran,
Semua tugas ini telah terletak dibahu kita semua,
Bila mana setiap anak adam itu melafazkan kalimah Lailahaillallah,
Maka dia adalah seorang pendakwah dan patut nasihat antara satu sama lain,
Kadang2 ada yang berkata,
Saya tidak sempurna lagi cmne saya nk nasihat org,
Itu tidak manjadi maslalah,
Semua org tidak sempurna dan pernah membuat kesalahan,
Kesalahan yang dibuat tidak pernah terhenti,
Nak tunggu kita sempurna dulu maka,
Tidak adalah orang memberi nasihat dan peringatan di dunia ni,
Sama2lah kita yerr wahai kalian..

*Moga2 coretan yang tidak seberapa ni dapat membuatkan kita berfikir dan memuhasabah diri kita sementara termasuk diri ini..insyaAllah...Kalau salah dan silap mohon ditegur..Saya hnya insan biasa yang baru belajar.. Sekian...






2 comments:

  1. kita diduni yang mana kaki yang melangkah selalu gelincir
    kerana lantai yang kita jejak semakin lama semakin jilang arah
    teguhkan pendirian.,tetapkan iman. jangan biarkan tangan menghulur tidak bersambut dan tangan yang perlu dicapai terlepas jatuh. nice blog. :D

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..sama2 kita jadikan dunia ini tempat utk menuai bagi mendapt kerehatan dan nikmat yng kekal abadi diakhirat kelak..insyaAllah..moga2 Allah permudahkan urusan kalian semua dan juga diri yg dhaif ini.. amin..

    ReplyDelete