Home

Tuesday, April 10, 2012

Sayang Ibu dan Ayah...

video


Ibu,
Masih teringat lagi bebelanmu,
Ketika kau memarahiku,
Memukulku dan mencubitku, disebabkan kenakalanku,
Sungguh! kau lah guru pertamaku,
Mengajarku untuk bersopan santun,
Mengajarku untuk menjadi lebih baik,
Dan mengajarku menjadi manusia yang berakhlak,
Marahmu bukan kerana geram dan benci,
Ia adalah semata2 untuk melihat anak berakhlak..

Dan sungguh aku membencimu ketika itu,
Namun, semua disebabkan kesilapanku,
Kenakalanku, kerasnya kepalaku, dapat kau betulkan,
Dan menjadikan aku manusia pada hari ini,
Aku rindukan bebelanmu, ibu,
Aku rindukan cubitanmu,
Cubitanmu,Marahmua,Tengkingmu itu,
Telah banyak mengajarku untuk berubah,
sehingga menjadi insan seperti ni pada hari ini..

Ayah,
Dapatku lihat setitik peluhmu jatuh,
Ketika kau pulang setelah penat bekerja,
Kulitmu menjadi gelap,
Menggagahi keterikan mentari,
Demi mencari sesuap nasi untuk keluarga yang kau cintai,
Kepulanganmu disambut oleh anak2 dengan gembira,
Senyuman terukir dibibirmu,
Membuatkan anak2 dan si isteri mengukir senyuman menyejukkan hati suami,
Yang penat pulang dari bekerja,
Kepenatan bekerja saban hari sengaja dihilangkan,
Demi kegembiraan semua,
Betapa baiknya dirimi wahai ayah..


Masihku ingat lagi ayah,
Kau lah insan menasihati aku,
Mengajarku berkaitan perkara-perkara agama,
Mengajarku liku2 dalam kehidupan ini,
Agar dapat menjalani hidup yang penuh pancaroba ini,
Dengan penuh berhikmah..

Suatu masa engkau berpesan,
Memintaku belajar bersungguh-sungguh,
Untuk diriku,
Dan tidak pernah sedikit pun mengharapkan duitku setelah aku berjaya kelak,
Hanya kebahagiaan anak-anak yang difikirkan olehmu,
Kadang2 kesihatan dan keadaan fizikalmu tidak terjaga,
Demi mencari rezeki untuk keluarga..


Kesusahan dan kepayahan hidup,
Kamu hadiahkan dengan senyuman,
Bagaikan menyelesaikan semua masalah yang datang,
Dan mendamaikan hati anak-anakmu..

Kamu, adalah permataku yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit,
Kamulah hartaku,
Kamulah hidupku,
Dan kamulah nyawaku..

Andaiku sudah berjaya kelak,
Kamu berdua tidak perlu bersusah payah lagi mencari nafkah,
Duduklah di rumah,
Menikmati secawan kopi,
Dan anggaplah kamu berdua umpama pasangan yang baru berkenalan,
Bagaikan hidup kamu ketika bercinta dahulu,
Itu janji anak-anakmu..

Dan tidak perlu memikirkan anak-anakmu,
Kerana kami semua akan menjaga kamu,
Sepertimana kamu menjaga kami,
Bagai menatang minyak yang penuh,
Mungkin tidak sama,
Dengan apa yang kamu lakukan pada kami,
Tapi kami berjanji akan lakukan yang terbaik..

Duhai ibu dan ayah,
Kasih kalian memang tidak terperi,
Tiada seorang pun yang dapt memberi,
Kasih dan sayang seperti kalin berdua,
Terlalu besar jasa kalian kepada kami,
Apa yang kami cuba bagi dan beri,
Mungkin hanya sedikit,
Dengan apa yang kalian berikan,
Ampunkan kami wahai ibu ayah,
Kadang2 kami bertindak mengikut akal dan hati semata2,
Tanpa memikirkan perasaan kalian,
Kini kami mengerti,
Setiap bait kata-kata dan pesanan yang keluar,
Merupakan satu nasihat dan penuh pengajaran,
Sebagai bekalan kami,
Untuk hidup dimasa mendatang yang masih berbaki..

Terima kasih ibu ayah...!!!

 *Sajak ini nukilan cmpur2 sendiri dan insan lain..Salah n silap maaf dimaafi..  =)

No comments:

Post a Comment