Home

Sunday, May 20, 2012

Dosa yang sama dilakukan selepas taubat..Adakah Allah terima taubat dosa yang berulang???

     "..Bertaubatlah selagi nyawa belum ditarik balik.."



Assalamualaikum sahabat2 sekalian..Moga kalian semua sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah..InsyaAllah,..Amin Ya Rabb..Kita sebagi insan yang bernama manusia merupan insan yang lemah dan tidak terlepas daripada melakukan dosa..Setiap orang daripada kita pernah melakukan dosa dan saya yakin tidak ada seorang pun yang tidak pernah melakukan dosa dalam sepanjang hidupnya..Teringat saya pada kata2 seorang ulama "..Sesiapa yang tidak melakukan dosa ini bermakna dia tidak pernah melakukan apa2 dalam hidupnya..".Kecuali para nabi mereka adalah insan yang maksum daripada dosa..Allah mengampunkan dosa mereka..
Menjadi kelaziman bagi seorang yang beriman apabila melakukan dosa ia kan terus bertaubat pada Allah swt atas dosa2 yang telah terlanjur dilakukan..Mungkin dalam keadaaan sedar dan tidak sedar..Rintihan hati memohon keampunan pada Sang Pencipta mula dititipkan memohon keampunan dari dosa yang telah dilakukan..Taubat yang sungguh2 atas pemyesalan yang telah dilakukan oleh kita selama ini insyaAllah akan diampunkan oleh Allah swt...." Hai hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya Allah mengampuni dosa2 semuanya..Sesungguhnya dialah yang maha Penganpun lagi maha Penyayang.." ( az -zumar :53)..Tapi kadang2 maklumlah kita ni sebagi insan yang lemah yang mudah tunduk dengan  hasutan syaitan dan hawa nafsu jika tidak dilawan dengan iman akan melakukan dosa yang sama akibat keterbatasan iman kita yang tidak terlaku kuat untuk melawannya menyebabkan kita terjerumus sekali lagi dalam kancah dosa yang sama..Bila ia berlaku sekali dosa yang sama kita mula akan rasa berputusa asa atas rahmat Allah..Kita kene ingat sesungguhnya syaitan itu tidak akan berhenti mengahsut anak adam utk melakukan perkara yang mungkar hatta dalam kita nk bertaubat atas dosa  yang sama yang kita lakukan ...Itu yang kita kene ingat dan selagi nyawa belum diambil oleh Allah dan belum dihalkum..insyaAllah dosa itu akan diampunkan..Kita kene yakin dan jangan ragu..Yang penting masa taubat kita kene ikhlas dan betul2 insaf atas dosa yang kita lakukan..Jangan putus asa..Boleh tak sahabat2 semua? Jom kita taubat sungguh  dan menyesali atas perbuatan dosa yang telah kita lakukan..
Dibawah ini saya kongsikan satu soalan yang dilontarkan kepada Dr.Mohd Asri berkenaan dengan perkara ini..MOga2 apa yang dikongsikan dapatr dimanfaatkan semua oleh sidang pembaca..InsyaAllah...Moga2 Allah permudhkan urusan kita semua dalam menuju kejalan yang benar dan diredhaiNya serta dilindungi dari perkara yang mendekatkan kita dengan maksiat dan sia2...
Soalan: Prof Madya Dr MAZA, saya seorang pemuda dan sering melakukan dosa. Sudah berulang kali saya bertaubat. Tapi kemudian saya tidak mampu kawal diri, saya buat lagi. Sudah berapa kali saya taubat sehingga saya rasa Allah sudah tidak mahu terima lagi taubat saya. Adakah taubat saya palsu? Adakah saya bohong Allah? Saya terus hanyut dengan perbuatan saya sendiri. Saya hendak taubat lagi, tapi rasa macam Allah dah tidak terima, atau takut saya sendiri ulang lagi. Boleh tak Dr berikan nasihat kepada saya?
Jawapan Dr. Maza: Perasaan kesal atau keinsafan yang ada dalam jiwa saudara –alhamdulillah- menandakan bahawa cahaya iman itu masih kuat dalam diri saudara. Semoga kita semua selalu dibimbing Allah ke jalanNya yang lurus. Untuk soalan saudara maka saya jawab seperti berikut;
1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).
Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.
2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.
Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.
3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.
4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.
5. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:

“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.
7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).
Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.
8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).
Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:
“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).
9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)
“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).
Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:

“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Friday, May 18, 2012

Kisah Seorang Anak Derhaka..

Cerita ini aku terjumpa di sebuah blog..Nama blog Gilabest...Secara xsengaja terjumpa blog ni n terjumpa satu perkongsian menarik dan aku rasa sesauai utk dikongsi dengan semua utk diambil pengajaran termasuk untuk diri ni..Semoga Allah melindungi kita semua..Amin ya rabb...

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu.

I September 1994.


Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut.
Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng - gelengkan kepala.
Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan,
kata saya di dalam hati.
Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.
” Bincang apa tu ?
Serius aku tengok,” saya menyapa.
” Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?”
kata Jaimi, kawan saya.
” Budak perempuan ?
Tak boleh keluar dari kubur ?
Aku tak fahamlah,” jawab saya.
Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.
” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ”
di kubur kat kampung Batu 10 tu,
ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia,
tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.
” Kenapa jadi macam tu ? ”
saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.
Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya...
Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan,
budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan.
Bagaimana pun,
ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.
” Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak.
” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan.
Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal.
Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,
lemah jantung dan kencing manis.
” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar.
Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.
” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.
” RM 20 aja !” si gadis berkata.
” Tak ada ,” jawab ibunya.
” Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan,
gadis tersebut menyanggah, katanya,
” Ahhh… sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! ”
” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung ,
tapi belum pun habis kata-katanya,
si gadis memintas lagi,
katanya ; ” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu.
Si ibu jatuh ke lantai .
” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.
Wajahnya berkerut menahan sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.
Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes.
Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding.
Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar.
Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.
Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.
Si gadis panik.
Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut.
Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.
Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.
Jaimi menyambung ceritanya ;
” Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi.
Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik,
tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur,
ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur.
Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.
” Tapi bila budak perempuan tu tolong,
mayat ibunya serta-merta jadi ringan.
Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”
Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.
Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.
Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,
tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat .
Ia seperti di paku ke tanah.
Si gadis mula cemas.
” Kenapa ni ayah ?” kata si gadis.
Wajahnya serta-merta pucat lesi.
” Apa pasal,” Si ayah bertanya.
” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.
Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
” Ayah, tarik tangan saya ni.
Kaki saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.
Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal.
Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah.
Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.
” Ayah… kenapa ni ?? !!
Tolonglah Saida , ayah..” si gadis memandang ayah dan
adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur.
Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah,
kaki si gadis tetap terpasak di tanah.
Tangisannya bertambah kuat.
” Tolong saya ayah, tolong saya…
kenapa jadi macam ni ayah?”
kata si gadis sambil meratap.
” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .
Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana,”
jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.
” Emak… ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis .
Sambil itu di peluk dan di cium jenazah.
Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.
” Maafkan Saida emak,
maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal…
Saida menyesal..
Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.
Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar.
Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.
Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa.
Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal,
imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.
” Kita kambus sedikit saja,
sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja…
kalau hujan macam mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.
” Habis anak saya ?” tanya si bapa.
” Kita akan terus cuba tarik dia keluar.
Kita buat dua-dua sekali,
mayat isteri awak di sempurnakan,
anak awak kita selamatkan,” balas imam.
Lelaki berkenaan bersetuju.
Lalu seperti yang di putuskan,
upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,
cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.
Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur.
Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan.
Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.
Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar.
Tapi tidak berhasil.
” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan.
Dah lapar sangat.
Lepas itulah aku singgah ke kedai ni.
Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.
” Aku pun nak pergilah,” kata saya.
Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.
Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana.
Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ.
Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan
berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.
Setelah penat berusaha,
akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan.
Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan
terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.
Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.
Nasib saya memang baik hari itu.
Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.
” Pssstt… Raie… Raie.. Psstt,” saya memanggil ,
Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
” Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.
” Mana boleh .
Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.
Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.
” Sekejap aja.
Bolehlah…”saya memujuk.
Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah.
Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan
berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Namun demikian dada saya berdebar kencang.
Pertama ,risau, takut di halau keluar.
Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.
Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran,
akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan.
Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.
Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik.
Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau.
Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk.
Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.
Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak.
Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;
“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar,
saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”
Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak,
gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.
” Emak… lepaskanlah kaki saya ni.
Ampunkan saya, lepaskan saya,”
Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.
Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.
Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.
” Sudahlah tu Saida… makanlah sikit nak ,”
rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.
Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.
Malah memandang ke atas pun tidak.
Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.
Hampir menitis air mata saya melihat Saida .
Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.
Begitu besar kekuasaan Allah.
Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas ‘tunai’.
Malangnya saya tidak dapat lama di sana.
Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu,
pegawainya mahu saya berbuat demikian.
Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.
Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap
” Ampunkan saya emak,
ampunkan saya saya, Ya Allah,
lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf…”
Lantas saya menoleh buat kali terakhir.
Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,
tapi seperti tadi, tidak berhasil.
Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.
Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam
kepungan lengkap dengan senjata masing-masing.
Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk
membuat liputan tetapi tidak di benarkan .
Mereka merayu bermacam-macam cara,
namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.
Matahari kian terbenam,
akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.
Saida masih begitu.
Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata.
Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.
Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan
mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati.
Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa.
Namun telah di sebutkan Allah,
menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.
Saida tetap tidak dapat di keluarkan.
Embun mula menitis.
Saida kesejukan pula.
Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung.
Namun dia tidak dapat tidur.
Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya.
Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu.
Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka
puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.
Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.
Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar
kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum.
Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.
Allah Maha Agung…
sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir,
barulah tubuhnya dapat di keluarkan.
Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.
Kuburnya kini di penuhi lalang.
Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai,
tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

Tuesday, May 15, 2012

Mengapa Tidak Terus Minum Daripada Kendinya?


Tertarik dengan satu risalah yang saya terima daripada seorang rakan. Risalah tersebut menceritakan sebuah kisah berkenaan pertemuan seorang pemuda yang mengaku bahawa dia adalah pengikut ajaran Salaf dengan seorang Kiyai @ Tuan Guru di sebuah pesantren di Indonesia.

Apa yang menarik tentang kisah ini ialah bagaimana sikap seorang guru ketika memberi didikan kepada seorang yang datang menempelak dan mencemuhnya. Sabar, setia mendengar setiap yang diluahkan dan pelbagai sikap yang baik yang patut diteladani oleh para pendakwah sekarang daripada Kiyai tersebut. Inilah manhaj sebenar Ahlussunnah Wal Jamaah . Tidak melenting malah memberikan peluang kepada mereka untuk berbicara.

Sikap pemuda yang mengaku mengikut ajaran Salaf ini juga patut diteladani dalam satu aspek iaitu mendengar kembali apa yang diterangkan oleh Kiyai tersebut dan mengakui bahawa dirinya ada melakukan kesalahan. Berbeza dengan sikap pemuda-pemuda sekarang yang mengaku bahawa mereka adalah pengikut ajaran Salaf , yang langsung tidak mahu menerima pandangan orang lain malah  menuduh bahawa para ulama sekarang banyak membawa Bid’ah dan sebagainya. 

Benarlah kata para ulama  :


Di sini saya akan mengolah semula cerita tersebut sebagai panduan kepada kita semua. Kisahnya begini :

Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu.

Pak Kiyai : Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?

Pemuda : Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.

Pak Kiyai : Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?

Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.

Pemuda : Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut : “ Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato’illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain”

Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “ Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?”

Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,

Pak Kiyai : Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?

Pemuda : Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu , wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?

Pemuda : Benar sekali Pak Kiyai .

Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.

Pak Kiyai : Silakan minum Abdullah.

Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.

Pak Kiyai terus bertanya : Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?

Pemuda : Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.

Pak Kiyai : Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.

Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?

Pemuda : Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai : Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.

Pak Kiyai : Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?

Pemuda : Sudah tentu Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?

Pemuda : Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.

Pak Kiyai : Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.

Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketikamana beliau sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?

Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : “ Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata “ Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?” al-Imam al-Syafiee menjawab : “ Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”

Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah. Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.
Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “ Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”
Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : “ Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”

Maka kata al-Imam Malik : “ Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya”

Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.

Pemuda : MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .

Pak Kiyai : Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yang benar InsyaAllah.

Sunday, May 13, 2012

Cerpen : Jangan Menangis...

Cuti semester 3 kini bermula, berbunga-bunga hati Faris pulang ke kampung halamannya. Destinasi Kedah. Sambil menunggu bas untuk pulang ke kampung, tangan kidalnya bergerak memasuki satu poket, dicapainya Sony Ericsson 530i bersama dengan earphone. Entah kenapa waktu itu lagu yang didengarinya semua lagu cinta, antaranya Edcoustic-Aku Ingin Mencintaimu, Maher Zain-Barakallah dan banyak lagi lagu sewaktu dengannya.


Bas Etika berhenti di platform 11. Kaki melangkah menuju ke pintu bas Etika. Tangga bas didaki dengan keriangan. Kini masanya untuk mencari tempat duduk. No 11. Tempat duduk single. Berada di tengah bas. �Alhamdulillah� terbit dari bibirnya itu. Siap menyusun bagasinya, sekujur badan dilabuhkan ke kerusi lembut. Oleh kerana lama menuggu, Sony Ericsson diambilnya sekali lagi. Kini beralih ke ikon radio. Siaran IKIM dicari. IKIM adalah salah satu stesyen Radio versi Islamic syle. Radio Islam alaf kini.


Setelah kian lama menunggu, terasa lapar menjadi-jadi. Sudah kebiasaan, Puduraya penuh kesesakan dan ramai orang. Bas masih belum bergerak, tangan kanannya mencapai ke satu bungkusan roti yang dibelinya di gerai Puduraya. Sandwich, dan roti berkrim menjadi menu isi perut sebelum sampai ke destinasinya.


20 minit berada diatas bas, akhirnya bergerak juga. �Handphone�nya berdering. Nama Ummi terpapar diskrin , lantas Faris mengangkat panggilan itu. Suara Ummi menyapa. 


�Assalamualaikum, Faris duk kat mana sekarang? Dah bertolak dah ka? Nanti ummi nak pi ambik kat mana sampai nanti?� 
loghat Kedah terusik minda Faris sejenak. Lama sungguh Faris tak pulang ke kampung. 


�Wa�alaikum salam, Faris duk kat Pudu lagi, bas baru ja bergerak, tak keluaq lagi kawasan Pudu, nanti mak pi ambik Faris kat Kangar, Faris nak pi rumah kawan sat kat sana. Kat Taman Cempaka.� Loghat utaranya masih lancar walaupun dah bertahun duduk di Kuala Lumpur. Faris, belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur iaitu Universiti Islam Antarabangsa(UIA). Jurusan Syariyah dan Ussuluddin. Ijazah Sarjana Muda.


�Nanti ummi nak kena pi ambik kat stesyen bas ke kat Taman Cempaka?� soal Ummi sekali lagi.

�Kat Taman Cempaka pon tak pa Ummi, dekat sikit dengan rumah kita.� Ujar Faris.

�Baiklah kalau macam tu. Sampai nanti habaq kat Ummi noh. Assalamualaikum.�

�InsyaAllah, Wa�alaikumsalam� 
ganggang telefon dimatikan.

Gembira hatinya dapat mendengar suara yang dirindui walaupun selalu bercakap dengan Ummi tercintanya. Badan terasa penat, mata mula nak pejam. Pandangan menjadi kabur, lena dengan siaran IKIM di telinganya.


~~~~~


6 jam berada diatas bas, sejuk penghawa dingin menjadi-jadi. Akhirnya destinasi yang ingin dituju oleh Faris tiba. Pijaknya kaki ke tanah Kangar, kaki melangkah ke masjid berdekatan, untuk solat jamak dan Qasar. Bertolak pukul 6.30 petang, tiba 1.25pagi.


�Sat lagi la habaq kat Ummi, baik aku pi solat dulu.� Berbicara sendirian.


~~~~~


Assalamualaikum� Kuat suara Faris memberi salam. No 45 Taman Cempaka. Loceng di pintu pagar juga di tekan. Tiba-tiba pagar rumah no 45 terbuka dengan sendirnya.


�Waalalaikumussalam.� Menerpa satu tubuh yang agak sama saiz dengan Faris memeluknya. Sahabat seperjuangan Faris, Faiz Baharuddin. Anak orang yang berada. Selalu tolong Faris bila susah.

�Masok la dulu, lama hang duk UIA.� Ajak Faiz.

�Eh tak payah lah, sat lagi Ummi aku sampai. Nak balik kampung. Kita jumpa kat sini jadi lah.� Tolak Faris hormat.

�Takpa, masok dulu, mak ayah aku ada kat dalam, depa dengar hang dah sampai, teruih tak tidoq. Jom-jom.� 
Pujuk Faris.

Faris terpaksa akur dengan permintaan Faiz. Faiz banyak membantu dia semasa di UIA lagi. Selepas bersalam dengan ayah ibu Faiz, mereka berborak bertanya khabar. Faris mengundur diri sekejap untuk beritahu Ummi yang dia ada di rumah Faiz.


~~~~~


Sejam kemudian, Ummi pun sampai. Sesudah salam dengan keluarga Faiz, Faris pulang bersama Ummi dengan kereta Proton Wira lama.

�Ummi dengan ayah ada benda nak cakap dengan Faris. Tapi kita bincang esok lah boleh.� 
Suara Ummi suspen.

�Apa dia Ummi?�

�Esok saja la kita bincang!�
tegas. Faris menurut saja permintaan Umminya.


~~~~~


Hari yang dinantikannya telah tiba. Seusai solat subuh di masjid, Faris terus pulang.

�Apa yang Ummi aku nak habaq? Macam ada benda penting ja!�

Belum sempat Faris nak menyoal, Ayah memanggil. Perbincangan awal pagi�

�Faris, ayah ada benda nak bincang dengan Faris. Tapi Faris kena bawak mengucap, tenang, sabar. Boleh?� soal ayah. Suara garau menakutkan Faris sejak dulu. Kepala hanya bergerak faham.

�Umur Faris dah 22 kan. Ayah nak bagi Faris kawen dengan seseorang. Orang yang Faris kenai sejak kecik, tapi jarang jumpa. Kami dah rancang nak satukan Faris dengan menantu pilihan kami. Dia seorang wanita yang solehah, lemah lembut, pandai mengaji dan baca al-Quran. Nama dia Halimah Hussin. Mak ayah dia pon dah setuju. Cuma kami tak tanya kat hang saja. Boleh? Setuju?� ayah Faris menjadi ketua perbincangan.


Diam seluruh rumah. Bisu. Suara sekat-sekat menyebuat nama Halimah.

�Ha..Halimah. sapa Halimah?�berkerut dahi si pendengar setia,Faris.

�Takkan tak ingat. Anak pak Hussin. Tak pa nanti mak bawak Faris pi hantaq hantaran menikah.� Ujar Ummi.

�Tak boleh ka bertunang dulu Ummi? Awat cepat sangat nak suruh Faris menikah. Faris tak sedia lagi Ummi.� Kepala sudah bingung. Kenapa tiba-tiba? Menikah? Anak Pak Hussin? Halimah? Fikiran Faris buntu.


~~~~~


�Faris, cepat bersiap. Pak hang dah tunggu ni. Cepat.� Desak Ummi.
Diam. Hanya menurut perintah.


�Ha.. Segak pun anak Ummi. Jom cepat, kita dah lewat ni.�

Hari akad nikah menerjah benak Faris. Belajar belum habis, dipaksa menikah. Belum bersedia mendirikan rumah tangga, akad nikah hari ini tiba. Rasa lemah diri menghadapi ujian. Tapi menurut saja kehendak Ummi dan Ayah. Kata-kata Ustaz Hj. Zubiddin bermain di fikirannya. 


�Jika calon isterimu itu adalah pilihan ibu bapamu, maka terimalah dengan seadanya. Kerna Ujian yang Allah berikan kepadamu itu ada hikmahnya. Manisnya hidup berumah tangga dengan orang yang kita belum kenali , pahitnya berkeluarga dengan isteri yang kita kenal sebelum berkahwin.�


~~~~~


Masjid Al-Barakah. Tempat akad nikah berlangsung. Setelah di ijab kabulkan, Faris perlu bergerak ke tempat isterinya duduk, untuk menyarung cincin dan bersalaman dengannya. Tangan kasar tiba-tiba terhenti untuk menyarung cincin ke jari halus isterinya. Lembutnya tangan Halimah. Muka saling memandang. Wajah isteri solehah bersinar bagai cahaya putih. Sehinggakan lupa orang sekeliling melihat kelakuan mereka berdua. Si isteri mengucup tangan Faris seusai penyarungan cincin di jari.


Lidah kelu. Hanya ayat ini saja yang disebut Faris. �Halimah�..awak adalah wanita pilihan Allah, kurniaan Allah untukku. Syukran jazakallah�.� Dan ayat yang terucap semakin pelik bunyinya..


Barulah Faris kenal siapa Halimah. Wanita pilihannya sejak sekolah menengah.. Cinta remaja. Tapi tak bercouple mcm orang lain. Cuma berterus terang dengan ayah dan Umminya. Kini di depan mata.


Petang itu Faris membawak isterinya bersama sanak saudara ke pekan. Saja berjalan-jalan. Hari itu juga ada pasar malam. Hari belum gelap, jadi mereka berdua berpegangan tangan menuju ke gerai dalam pasar malam dengan berpakainan putih pengantin.


Halimah meminta izin untuk ke kedai pakaian seberang jalan. Bersama dengan saudara perempuan. Faris melepaskannya pergi. Tetapi hatinya berasa sangsi. Mahu dilepaskan atau ikut sekali. Barangkali mahu membeli pakaian wanita. Jadi Faris dengan adik lelakinya itu tunggu di tepi jalan. Dalam keadaan sibuk kereta bergerak, mata Faris terpandang ke arah kereta hitam yang sedang hilang kawalan. Menuju ke semua arah. Di benak hatinya �Isteriku�. Dengan pantas dia meninggalkan adik lelakinya di gerai tepi jalan, menuju ke arah isterinya. Cuba untuk menyelamatkan isterinya. Isterinya terselamat tetapi Faris dilanngar kereta hitam itu. melambung 30 meter. Kereta hitam itu berpusing lalu membelah dinding balai polis berdekatan. �kaboom�kereta hitam itu meletup. 


Keadaan Faris parah teruk. Kepala berdarah laju. Halimah meluru ke arah Faris, mengangkatnya. Baju putih kini bewarna merah darah. Si isteri menangis sambil memeluk suaminya. Baru menikah dah berlaku kejadian seperti ini. Pandangan Faris mulai kabur. Faris ternampak gugusan air mata Halimah jatuh berderai. Air mata Halimah bersinar-sinar bagai mutiara turun dari langit. Faris nazak. Sempat dia berkata-kata. 


�Hali..mah�terima kasih kerna jadi isteri Faris. Far..is dah sampai masanya.�


Faris semakin nazak. Saudara maranya ada yang menangis, ada yang menelefon ambulan. Hati Halimah remuk, tapi bibir masih beristighfar dan mengucapkan nama Allah. Berulang kali. Ucapan syahadah terbit dari bibir Halimah mengajar Faris mengucap. Halimah tahu Faris tengah nazak. Bacaan ayatul Yassin di pinta Faris. Mujur Halimah seorng penghafal surah Yassin.


Selamat tinggal dunia fana. Faris meninggal dunia di tempat kejadian. Tinggallah sorang isteri yang tabah menghadapi ujian Allah yang maha berat. Syukur dan zikir tak henti.


~~~~~


Di pusara Faris, terduduklah seorang insan lemah lembut. Satu-satunya orang yang tidak menitiskan air mata ketika menziarahi pusara Faris adalah Halimah. Bibirnya selalu memburatkan rasa bahagia dan rindu. Pada setiap doa dan munajatnya kepada Allah, Halimah selalu berkata, �aku bahagia menjadi teman hidupmu walau sementara.dan aku tidak akan berkahwin dengan jejaka lain selain kamu Faris. Dan aku menunggu masa apabila Allah memanggilku dan kita dapat bertemu semula . insyaAllah� 


The end�..


Shared from : Murabbi.Net