Home

Friday, April 20, 2012

Ada apa dengan semalam??







Assalamualaikum wbt kepada sahabat2 yang mana sudi membaca entri yang saya coretkan pada kali ini...Semoga kalian dirahmati dan diberkati olehNya sentiasa..Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan masa yang ada untuk sama2 kita berkongsi pendapat dan idea untuk kemaslahatan bersama insyaAllah..Moga dengan perkongsian yang kita lakukan ini akan menjadi titik tolak dalam membawa perubahan dalam diri kita kearah yang lebih baik dari semalam..insyaAllah..Kita sebagai insan bernama manusia hanya mampu berusaha dan mencuba untuk melakukannya selainnya berserah pada Allah kerana DIAlah sebaik-baik perancang dan pemberi segala kurnia..

Berbalik pada topik kita,apa yang ada dengan hari semalam..Ada org kata hari semalam adalah hari yang baik bagi dirinya,ada yang hari buruk baginya,hari yang bermakna,bahagia dan ada yang smpai xnak ingat dah apa yang telah berlaku pada hari semalam..(*Mungkin perkara yang dialaminya sangat teruk kan??.. wallahua'lam)..Begitulah apa yang dirasai oleh setiap manusia..Bagaimana ia melalui hari-hari tersebut,itulah yang akan dirasainya dan dialaminya….

Begitulah tanggapan sesetangah insan berkenaan apa yang telah ditimpakan keatasnya..Sebenarnya perkara semalamlah yang telah mengajar kita bagaimana cara untuk kita hidup pada hari esok bagi yang mengambil pengajaran dan berfikir..Dalam hidup kita pun tidak semua hidup yang kita alami di kerumuni dengan kegembiraan,keceriaan,kejayaan dan sebagainya..Setiap perkara yang menggembirakan kita datang kebanyakannya berlatarbelakangkan kisah yang kurang menggembirakan ..Sebagai contoh dari segi pelajaran..setiap kejayaan yang datang kebiasaannya disusuli dengan kesusahan dan penat lelah dalam mencapai kejayaan yang kita ingini..Begitulah lumrah hidup kita didunia ni..Adakala kita senang dan adakala kita susah..

Sebenarnya apa yang telah terjadi pada kita banyak hikmahnya..Kelakuan kita yang buruk pada hari semalam,kegagalan kita yang lalu,kesusahan yang kita hadapi pada hari semalam  yang banyak membantu kita dalam meneruskan hari2 yang bakal kita lalui..Apa yang dikurniakan Allah swt kepada setiap hambaNya adalah memadai dengan empunya diri..Kesusahan kita dihari semalam akan menjadikan kita semakin kuat untuk bekerja mencari rezeki bagi mendapat kesenangan yang lebih baik ,kegagalan kita yang lalu membuatkan kita yang lalu membuatkan kita semakin rajin berusaha untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang pada masa akan datang..Itulah hikmahnya kita mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku pda waktu yang lalu..Kerana kegagalan dan kesusahan yang waktu lalu dapat dijadikan sebagai panduan dan guru dalam kita meneruskan kehidupan..Sekiranya ia berlaku buat kali kedua kita sudah tahu cara untuk menyelesaikannya..insyaAllah..

Apa yang Allah swt kurniakan kepada kita semuanya baik2 belaka..Kita sendiri yang menilai dan mentafsir setiap apa yang diberikan oleh Allah baik atau buruk untuk kita..Mungkin ia berkaitan dengan diri kita sekarang atau mungkin Allah member sesuatu masalah untuk diselesaikan pada masa sekarang untuk memudahkan kita mengahrunginya pada masa hadapan yang mana mungkin kita akan hadapinya lagi..Apa yang penting sentiasa berlapang dada dengan apa yang Allah beri..insyaAllah..Sma2lah kita…

2 comments:

  1. betul. apa yg timpa pada diri kita hari ini untuk kita terus belajar. tak seronok hidup kalau hidup graf tu mendatar.. tiada turun naik. tak mencabar.. :)

    ReplyDelete
  2. setiap apa yang Allah jadikan itu ada hikmahnya..menggerakkan hambaNya untuk berusaha dan belajar untuk mendapatkan sesuatu dan belajar dari kesilapan..insyaAllah...

    ReplyDelete